MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004 |
Pelbagai cerita yang dramatik mula mengalir dengan
beberapa berita yang semakin menarik, malahan di luar jangkaan jua. Semuanya mempunyai
kaitan dengan kisah Enam LamanWeb Hitam. Kalau dipaparkan semua cerita yang saya terima,
akan berpanjanganlah tulisan ini nanti sehinggakan 10 Jun akan terus berlalu. Tidak ada
lagi yang akan ditulis selain cerita Enam LamanWeb Hitam. Rupa-rupanya bukan enam lagi.
Kalau dikumpulkan semua memang sudah ada sepuluh. Apakah ini mempunyai satu jalan cerita
persis Sepuluh Budak Hitam? Saya tidak mahu bercerita panjang akan fenomena ini
tetapi biarlah artikel ini merupakan yang terakhir saya tumpukan terhadap masalah
ini. Kerana Teluk Kemang dan pencalonan Barisan Alternatif adalah lebih penting daripada
'Kisah Web Hitam' itu.
Bila Jerat Sudah Mengena
Siapakah yang boleh
menyangkakan tarikh pencalonan bagi pilihanraya kecil Teluk Kemang yang akan dilangsungkan
pada 30 Mei ini sudah pun didahului oleh satu strategi yang difikirkan mantap oleh Barisan
Nasional? Pada hari ini telah berlangsung majlis persidangan tahunan MIC di mana Dr.
Mahathir telah bersuara lantang mengatakan betapa Teluk Kemang akan dimenangi dengan
majoriti yang lebih besar daripada dulu. Malahan beliau berlagak angkuh dengan berkata:
"Kemenangan kita di Teluk Kemang nanti akan menghantar satu mesej yang keras kepada
parti pembangkang bahawa apa yang mereka menangi di pemilu ke-10 yang lalu bukannya satu
'trend' yang baru. Apa sebenarnya yang berlaku ialah PAS telah berjaya kerana mereka
telah memburukkan DAP dan memperalatkan Parti Keadilan untuk mencapai agenda
mereka." Dr. Mahathir telah menafikan bahawa Barisan Nasional telah bertanggungjawab
dengan berita betapa pengendali laman web pro-reformasi mahukan Dr. Chandra Muzaffar dan
Mohd Anuar Tahir, (Setiausaha Agung Parti Keadilan) meletakkan jawatan mereka.
Inilah
yang saya katakan semalam, 'kesilapan' yang dilakukan oleh 'Enam
Pengendali-web Hitam' (EPH) telah digunakan sebagai satu isu baru oleh semua pihak.
Mahathir dan para pemimpin BN akan terus menggunakan isu ini sebagai bahan untuk
mencemohkan perjuangan parti pembangkang di negara ini. Di waktu yang sama para pemberita
akhbar yang mengerumuni beliau akan terus memainkan agenda yang serupa - menyoal
beliau akan fenomena laman web pro-reformasi yang dihitamkan.
Apa Sebenarnya
Yang Dihitamkan?
Mahathir telah berlagak angkuh lagi dengan mengatakan betapa
kemenangan Sanggang bukannya satu 'fluke' atau pun kemenangan bertuah semata-mata. Dia sudah
terlalu yakin akan kemenangan di Teluk Kemang itu. Para pemberita akhbar pun terikut
rentak yang telah direncanakan. Apakah ada mereka tanya beliau beberapa persoalan yang
amat diperlukan jawapannya daripada si Raja Putar Alam itu ?
Inilah sebenarnya soalan yang patut dikemukakan kepada
Dato Seri Dr. Maharajah Mahathir si diktator Melayu (berdarah Pakistan) terulung di dunia
ini. Inilah contoh soalan yang sepatutnya disoal dan diberikan jawapan yang
jelas-sejelasnya oleh beliau. Semua itu diketepikan secara yang mudah kerana inilah
soalan yang akan membogelkan Mahathir.
MGG Pillai seorang doyen masyarakat surat khabar
di negara ini pernah menulis betapa tahun ini akan merupakan bermulanya satu
era pancaroba bagi Mahathir. Mahathir sendiri amat faham akan zaman kegelapan yang akan
diharunginya. Kerana itu dia bertukar sifat daripada manusia yang paling angkuh di
negara ini seperti yang ditunjukkannya di hari Ucaptama Seorang Presiden UMNO Yang Paling
Pengecut dan menjadi 'seekor tikus mondok' di hari penutup persidangan UMNO itu. Kenapa?
Seperti yang dilapurkan oleh Wak Amin Sapiro, Mahathir disergah ganas oleh beberapa orang
perwakilan yang sudah amat faham akan tipu-muslihatnya. Inilah manusia yang bertaqwa
dalam hidup mereka dan cuba meneruskan perjuangan kelakian Melayu dalam UMNO persis
langkah terakhir seorang pejuang Melayu.
Disebabkan sanggahan itulah makanya dia
berlembut dan mahukan ahli UMNO 'go to the basics'; pergi balik ke asas perjuangan UMNO,
kunuuunnnya......! Tetapi apakah yang dilakukannya selepas itu? Dia mula hentam
balik PAS, Keadilan, Anwar Ibrahim dan sesiapa sahaja yang telah berani menyanggahnya.
Kini, dengan terhitamnya ataupun 'hitamnya' enam laman web kebanggaan para reformis satu
ketika dulu, Mahathir bersuara lantang lagi. Dia semakin angkuh dengan "kemenangan
Teluk Kemang memang sudah ada di tangan kita."
Antara Hitam Dan Putih
Saya
dapat melihat semua tindak-tanduk Mahathir dan Barisan Nasional di hari kebelakangan ini
adalah satu strategi baru untuk menarik balik para pengundi yang dijangkakan berpaling
tadah menyebelahi calon Keadilan. Kerana itu, para pengendali web yang menghitamkan laman
mereka adalah aktor-aktor pilihan untuk menyerikan sandiwara terbaru UMNO yang
disutradarakan oleh seorang diktator tua yang sudah kehilangan arah. Saya angkat topi
kepada Mahathir kerana berjaya mengarahkan satu pementasan sandiwara untuk mengabui rakyat
lagi. Kali ini, dia berjaya memukau kita dengan cara memukau enam insan yang satu ketika
dulu sanggup bersengkang mata mengendalikan laman web mereka tanpa ada sesiapa yang
mengongkosi perbelanjaannya.
Oleh sebab perjuangan dengan menggunakan wang poket
sendiri (ataupun mungkin ada juga yang menerima subsidi daripada pihak tertentu yang
kemudiannya menghentikan subsidi itu), para pengendali laman web yang hitam itu
telah merasakan mereka adalah golongan istimewa yang telah dipinggirkan. Mereka merasa
tersisih kerana tidak diiktiraf sebagai pejuang reformasi yang tulen. Saya fikir hanya
saya seorang yang pernah menulis panjang sebagai tribute kepada para pengendali web seperti
yang bertajuk "Menggapai Rentak Juang" bertarikh 6.2.2000.
Saya ingin
memetik sedikit sedutan daripada penulisan itu di bawah tajuk 'Rentak Juang Dalam
Kenangan':
... " Setiap yang bermula ada garis penamatnya. Setiap yang terang
ada kegelapannya dan setiap impian ada igauannya. Demikianlah perjalanan satu perjuangan
yang dicetuskan ketika UMNO (Baru) diilhamkan oleh Dr. Mahathir bin Mohammad. Itulah ilham
yang cuba menghidupkan satu semangat juang orang Melayu dengan janji menegakkan ketuanan
Melayu. Itulah semangat yang berasaskan ilham pergerakan politik Melayu yang dimeterai
oleh Dato Onn bin Jaafar.
"Ilham Dato Onn telah disambut dengan baik
oleh orang Melayu kerana ketika itu mereka dijanjikan satu semangat baru dengan rentak
yang baru. Orang Melayu ketika itu sudah lama kehilangan rentak juang mereka yang
jatuh tersungkur setelah jatuhnya kesultanan Melayu Melaka. Walaupun sisa-sisa semangat
juang itu beralih ke Muar dan kemudiannya ke Johor, rentak yang hilang tidak dapat
dipulihkan lagi. Tergadailah Singapura kepada Inggeris dengan pertukaran hadiah beberapa
tin biskut dan coklat. Terperangkaplah suku sakat Raja Husin di sebuah perkampungan
Melayu di Siglap. Tidak seorang pun di antara mereka itu yang menikmati 'Toffee and
Chocolates' yang dibawa daripada India dan bersalutkan lambang mahkota Istana Westminster
di kertas pembalutnya. Bayangkan betapa mudahnya orang istana menggadai sebuah pulau
Melayu kepada orang mendatang tanpa memikirkan impaknya. Mungkinkah kerana mengidamkan coklat
yang dibikin dengan 'glycerine' yang datang daripada kaki khinzir, ketika itu?
"Mungkin
tidak ramai yang sedar kini, bahawa ketika Dato Onn sibuk mencanang semangat juang orang
Melayu di tahun empat puluh lapan dulu, orang Melayu yang paling banyak menderma wang
ringgit kepadanya adalah orang Melayu Singapura. Merekalah masyarakat Melayu yang ramai
sekali bermakan gaji ketika itu. Walaupun rata-rata mereka bekerja sebagai pengayuh beca
roda tiga, pemandu teksi dan lori ataupun tekong kapal tunda (tug boat) yang membawa
muatan daripada kapal di tengah lautan ke jeti dan pelabuhan. Ramai juga yang bekerja
sebagai kelasi kapal, yang berada di darat hanya untuk bercuti sedangkan hayat yang
panjang lebih lama berada di lautan yang bergelora. Inilah juga golongan yang banyak
menyumbangkan wang ringgit kepada perjuangan Dato Onn bin Jaafar. Pengembaraan mereka di
negara orang ketika itu membawa kesedaran betapa pentingnya mengembalikan ketuanan Melayu
yang hilang itu."
Demikianlah sedikit sedutan daripada tulisan yang saya
tujukan khas kepada pengendali laman web dan para reformis. Saya harapkan PW yang masih ada
mengeluarkan balik tulisan itu untuk santapan nurani para pembaca kita.
KETUANAN
MELAYU YANG BERTUKAR TANGAN
Jelas sekarang, perjuangan UMNO sebenarnya adalah
untuk memartabatkan ketuanan Melayu yang bertunjangkan sistem feudalisma yang beragama
Islam. Kerana itu orang-orang pelayaran Melayu merupakan penyumbang terbesar daripada
golongan bawahan yang mengongkosi perjuangan UMNO itu. Kita boleh lihat asal usul
mereka itu masa kini. Ambillah kereta dan pandulah menyusuri persisiran pantai di sebelah
barat Semenanjung Tanah Melayu. Daripada Tambak Johor hingga ke Kuala Perlis. Inilah suku-sakat
orang pelayaran Melayu yang banyak berbakti kepada bangsanya.
Di kawasan
tengah, suku-sakat masyarakat pelayaran Melayu masih berada di Ramuan Cina, Linggi, Teluk
Kemang hinggalah ke muara sungai Lukut. Lihatlah sendiri keadaan perkampungan Melayu ini
dan bandingkanlah dengan keadaan perumahan kaum lain di bandar-bandar baru yang dihuni
oleh kaum bukan Melayu. Inilah suku-sakat orang Melayu yang satu ketika dulu
penderma paling besar terhadap perjuangan UMNO. Di manakah mereka dan di manakah kita
sebenarnya. Kita harus melihatkan keadaan ini dan memikirkan apa ertinya satu perjuangan
itu. Ketika golongan ini menderma dulu tidak pernah mereka mengharapkan sebarang pampasan.
Mereka
menderma ke jalan Allah. Mereka bersedia menanggalkan cincin di jari dan rantai emas di
leher untuk berderma kepada UMNO. Begitulah juga halnya yang mereka lakukan ketika seorang
gadis Belanda yang dipelihara oleh seorang Melayu cuba dilarikan balik ke Holland oleh ibu
asalnya.
Kini, sejarah berulang kembali. Semangat perjuangan Melayu yang mula
diasaskan oleh para pengendali laman web telah digugat oleh anasir yang kuat
kuasanya dan berpengaruh wangnya. Saya ada menerima beberapa artikel panjang sebagai
reaksi kepada tulisan saya semalam yang berjodol: "Sampai Bila Mahu
Bertafakkur". Saya akan petik hanya sebahagian kecil artikel ini di mana relevansinya
amat terserlah:
.... " Memang jelas dengan apa yang saudara tulis. Emas
bungkal sudah menjadi satu pertaruhan. Mahathir berjaya memperdaya enam orang pengendali
laman web itu untuk memporak perandakan Keadilan. Tetapi, besar kemungkinannya impaknya
akan memakan tuannya juga. Semakin ramai para professional Melayu yang akan masuk PAS
tidak kiralah samada mereka dulu ahli UMNO, Keadilan ataupun tidak berparti"
....
"Mahathir berjaya menggunakan senjata kuasa yang ada di Bukit Aman untuk mempunahkan
Keadilan kali ini. Ezam sedang menjadi mangsa kerana Ezam dan Ruslan Kassim dilihat
sebagai pakar gempur Parti Keadilan. Dengan memperlekehkan Ezam, Mahathir bercadang untuk
memperlekehkan Ruslan Kassim yang akan bertanding di Teluk Kemang. Tetapi, Mahathir lupa
orang Melayu di Teluk Kemang bukannya sama dengan orang Melayu di Sanggang......."
.......
"Mahathir mungkin terlupa ramai pengundi Melayu di perkampungan dalam Kawasan
Parlimen Teluk Kemang adalah manusia yang mempunyai pertalian rapat dengan orang Melayu
yang menganggotai pasukan tentera dan polis. Malahan, ramai para pekerja di Putrajaya pun
berasal daripada kawasan itu. Mahathir boleh tutup sepuluh laman web pro-reformasi,
tetapi dia sudah tidak mampu menutup hati kami..."
Terlajak
Perahu Boleh Diundur, Terlajak Aksi..........?
Saya masih tidak percaya bahawa
apa yang baru berlaku adalah sesuatu yang disebabkan semangat juang enam insan yang mahu
menyelamatkan parti Keadilan. Alasan mereka menghitamkan Laman Web mereka adalah kerana
mahukan Dr. Chandra Muzaffar dan Haji Anuar Tahir meletakkan jawatan. Sebagai
memperkuatkan keazaman mereka sebagai satu kumpulan, laman web pun dihitamkan. Maaf,
seribu maaf ......kalau apa yang akan saya katakan ini menghiris perasaan dan membuat
beberapa pihak menjadi geram. Saya boleh berterus terang menyatakan bahawa ramai
pengunjung yang menghantar emel dan meminta saya merakamkan perasaan mereka seperti ini:
"Sikap enam pengendali Web Hitam itu adalah
sikap golongan yang kurang ajar...!"
Soalnya yang ulung sekarang:
Manakah mungkin saudara berenam menuntut agar Dr. Chandra Muzaffar dan Anuar Tahir
melepaskan jawatan mereka? Bukankah perlantikan mereka dibuat berasaskan pilihan ahli
parti? Siapakah saudara berenam membuat tuntutan secara melulu begitu? Apakah saudara
berenam memikirkan saudara mempunyai kuasa menyebabkan mereka meletakkan jawatan?
Kalau pun saudara berenam mahukan kedua-dua muka ini berundur kenapakah tidak ditunggu
hanya satu bulan lagi ketika Parti Keadilan mengadakan persidangan tahunannya dan membuat
tuntutan itu?
Apakah secara kebetulan penghitaman laman web pendesak ini dituruti
pula oleh penarikan diri seorang ketua pemuda parti keadilan di Utara? Semakin jelas
sekarang betapa UMNO sudah memainkan jarum halusnya untuk memperlekehkan Parti Keadilan
sebagai satu jalan pintas untuk melumpuhkan imej parti itu di Teluk Kemang. Alangkah
liciknya mainan drama terbaru ini. Sayangnya ia dilakukan dan dilakonkan oleh enam orang
pejuang yang pernah bersumpah taat setia kepada perjuangan mereka - bukannya kepada
mana-mana parti tetapi kepada Allah SWT.
Saya ingin merakamkan tulisan emel
yang saya terima ketika menulis rencana ini:
..... "Tulisan saudara telah
melapangkan dada saya. Saya baru hantar e-mel kepada Exmahazalim saya kata extreme sikit:
KALAU TELUK KEMANG KALAH saudara ada secara tak langsung saham sebab kekalahan itu. Tengok
Utusan Meloya hari ini sudah exploit dengan kempen LR" - Ese Oghang Pilah."
Bahana
Melanggar Sumpah
Setiap perjuangan yang bernawaitukan ajaran agama Islam adalah
satu perjuangan yang suci. Apatah lagi perjuangan itu bertema menegakkan keadilan dan
membasmi kezaliman. Seperti yang kita minta kepada Allah setiap kali kita berdoa dan
setiap kali kita berbisik dengan hati dan berkata (dan menulis) dengan sesiapa juga yang
kita fikirkan dapat berkongsi-sama semangat perjuangan itu, sumpah perjuangan itu adalah
sebahagian hidup kita sehingga berpisahnya roh dari jasadnya. Apabila sumpah itu dianiayai
oleh yang punya diri, bererti dia sudah pun membuat satu ikrar untuk melanggari sumpah
setia itu sendiri. Bahananya amat besar sekali. Bukalah kitab dan bacalah ayat Al Quran
mengenai hal ini. Akan terserlah balasan daripada Allah yang akan datang mencurah-curah
dalam satu tempoh yang amat pantas.
Saya tidak fikir segala emel yang saya terima
bersifat mengikutkan perasaan ataupun melayan khayalan? Kalau Mahathir sanggup
berkata bahawa UMNO dan BN tidak ada kena mengena dengan kenyataan mendesak Dr. Chandra Muzaffar dan Anuar Tahir meletakkan jawatan mereka, bererti besar kemungkinannya
penghitaman Laman Web yang Enam itu memang direstui oleh Mahathir juga. Kalau seorang
pemandu kereta sanggup mengulangi cerita rekaan betapa dia sudah diliwat oleh DS Anwar
sedangkan segala fakta dan bukti yang dinyatakan adalah palsu semata-mata kerana wang
ringgit, apakah tidak mungkin penghitaman laman web dilaksanakan dengan strategi yang
sama? Kalau Baginda Sarawak sanggup bersumpah betapa Hafilda mampu memberinya pampasan
untuk menceraikan isterinya agar mengahwini Hafilda, apakah yang diharapkan daripada
keterangan beliau di mahkamah? Apakah tidak mungkin wang yang diperuntukkan kepada Hafilda
boleh diperuntukkan sama kepada sesiapa sahaja di kalangan Enam Pengendali Web yang Hitam
itu?
Perjuangan Semangat 46 Sebagai Iktibar
Sesuatu perjuangan yang
berlandaskan sumpah-setia yang dibuat dengan nama Allah SWT tidak boleh dipermainkan
sama-sekali. Kerana yang menjadi pertaruhan utama dalam hal ini adalah maruah diri
sendiri. Kita sudah melihat betapa orang-orang Semangat 46 yang keluar daripada UMNO
dan mengikuti Tengku Razaleigh Hamzah satu ketika dulu. Mereka semua keluar kerana kecewa
dengan perjalanan UMNO pimpinan seorang 'Keling Tua' (mereka mengulang balik cakap
Almarhum Tunku A. Rahman Putra). Maka berikrarlah mereka dengan nama Allah SWT. Apa jadi
akhirnya? Oleh kerana taksub kepada kepimpinan Ku Leigh dan Rais Yatim mereka
sanggup bubarkan Semangat 46 itu dan masuk UMNO (bukan semuanya) semula. Mereka
termakan umpan yang dipasang oleh si Keling Tua itu berdasarkan ucapan berapinya betapa
ketuanan Melayu sedang tergugat. Mereka sanggup membina semula jambatan yang sudah lama
dibakar untuk memberi kepentingan kepada Ketuanan Melayu yang tergugat.
Lantas,
terbenamlah Parti Melayu Semangat 46 tanpa ada sesiapa di hari ini yang sanggup
menunjukkan di mana pusara parti itu. Mereka diterima dengan senang oleh orang UMNO,
kerana memikirkan betapa pentingnya menyelamatkan ketuanan Melayu. Tetapi, sebaik sahaja
Semangat 46 dibubarkan apakah agenda si Keling Tua itu? Dia henyak Anwar Ibrahim dengan
tuduhan meliwat di sebuah hotel pada tarikh hotel itu belum dibina lagi. Segala peralatan
yang digunakan untuk kerja kotor yang dikatakan itu pun belum dibuat pun lagi. Diusunglah
sekeping tilam yang ditompokkan di tiga belas tempat sebagai bukti betapa
terpancutnya air suci di situ. Alangkah aibnya semua kerja itu dan alangkah busuknya
rencana membuat tuduhan itu semua?
Semua orang Melayu dalam UMNO termasuklah
kumpulan yang baru membakar jambatan cap 46 terlopong mulutnya menerima bukti yang
disogokkan oleh si Keling tua. Dengan segala kekuatan itu diputuskan pula untuk
melaksanakan pilihanraya ke-10. Barisan Nasional menang besar tetapi UMNO kalah besar
juga. Satu kabinet baru pun dibentuk di mana pemimpin bekas Semangat 46 dipilih
untuk menganggotai parti. Bermulalah satu drama terbaru UMNO di mana pemimpin bekas
Semangat 46 berkokok berderai-derai menyokong si Keling tua untuk menunjukkan betapa
pentingnya parti dan betapa tidak pentingnya individu dalam parti. Inilah slogan yang
diulang-ulang setiap hari di pelusuk negeri. Di waktu yang sama jawatan presiden parti dan
timbalannya tidak boleh dipertandingkan. Alangkah bercanggahnya falsafah baru itu kalau
dibandingkan dengan slogan individu tidak penting?
Kemudian UMNO bersidang lagi.
Semua pemimpin bekas Semangat 46 tersingkir jauh ke tepi. Tidak ada seorang ahli kabinet
terbaru yang terpilih oleh perwakilan UMNO. Inilah mainan silap mata yang paling
menakjubkan
dalam dunia politik Melayu di alaf baru. Meloponglah semua mulut bekas Semangat 46 yang
kehilangan status istimewa di Majlis Tertinggi Parti. Tetapi, siapakah yang turut
terlopong sama? Akar umbi dalam parti pun terikut melopong kerana mereka tidak percaya
perkara semacam itu boleh terjadi. Barulah semua orang sedar betapa besarnya 'POWER' yang
ada pada seorang Keling tua.
Kini, orang Melayu diganyang lagi. Kali ini
kematangan pemikiran Melayu itu tergugat dengan taktik yang dilakukan oleh 'enam budak
hitam' yang bermain sorok-sorok. Sayangnya, ke enam budak hitam ini tidak sedar apakah
implikasi tindakan mereka. Mereka mungkin sudah diugut ataupun disegarkan dengan janji
yang muluk-muluk, kerana itu mereka bertindak untuk berpatah arang dengan masyarakat yang
sekian lama menyanjungi mereka. Sayang, apa yang akan berlaku kepada seorang Keling tua mungkin akan berlaku kepada 'enam budak hitam' itu. Dalam perjuangan ada pengorbanan
dan dalam pengorbanan ada peraturan agar tidak belot.
Pembelotan Dalam
Perjuangan
Mungkin ramai tidak faham bahawa kekuatan UMNO terletak kepada agensi
kerajaan yang digaji untuk menegakkan martabat UMNO. Kekuatan Mahathir terletak kepada kuasanya
mengawal segala pendapatan PETRONAS yang hanya dikuasai olehnya dan bukan oleh
kabinet negara. Dengan kuasa Allah, kekuatan parti alternatif seperti PAS dan Keadilan
ialah kepada keyakinan masyarakat Melayu menyokongnya dan bergiat cergas memperjuangkan
prinsipnya. Sokongan seperti ini tidak boleh dijual beli. Laksana sumbangan para pelayar
Melayu satu ketika dulu yang sanggup menanggalkan cincin di jari semata-mata menyumbang
kepada satu perjuangan pergerakan Melayu.
Sejarah berulang kembali. Perjuangan yang
dilakukan oleh ahli bekas Semangat 46 yang kini dalam UMNO sudah menjadi satu sejarah
besar yang dipandang kecil. Perkara ini terlaksana kerana kepintaran Mahathir menguasai
pemikiran ahli UMNO sehinggakan terlupa pengorbanan orang Melayu ini membubarkan satu
parti politik yang sah. Kalau Mahathir mampu melakukan kerja putar belit itu terhadap apa
yang pernah disebut lapan ratus ribu ahli Semangat 46 dulu, apakah agaknya masalah Mahathir
untuk memancing enam budak hitam serta seorang ketua pemuda yang bernama Zuraidi
bin Rahim? Semua itu kerja enteng bagi si Keling Tua itu.
Kerja-kerja mengendalikan
Laman Web pro-reformasi adalah kerja haram kerana inilah kerja yang tidak berlesen.
Inilah yang ditakrifkan sebagai satu perjuangan menentang kerajaan yang memerintah.
Sekaligus pengendali web yang enam itu adalah pejuang yang sudah belot terhadap perjuangan
mereka. Oleh kerana kerja mereka itu adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat yang
menyanjungi mereka, penghitaman laman web mereka adalah satu kerja belot terhadap bangsa
juga. Dengan hal yang demikian, saya tidak fikir mereka akan berpatah balik dan
berkata "I am Sorry....!" ataupun ada pula yang berkata: "Saya tidak mogok
cuma bersimpati...!" Apa juga yang akan mereka lakukan untuk membuka laman web
mereka itu nanti, eloklah mereka disuruh melupakannya sahaja. Ada satu petua unggul dalam
perjuangan rakyat (mass struggles) yang berbunyi:
"Sesiapa yang diamanahkan untuk memimpin samada dalam bentuk bersenjata ataupun berfikir ataupun penyebaran maklumat harus memegang sumpah setia terhadap maklumat yang ada dalam pengetahuannya. Sebarang langkah untuk memutar-belitkan maklumat itu dengan tujuan mengkhianati perjuangan yang asal haruslah ditafsirkan sebagai pembelotan yang dibalas dengan hukuman yang berat juga termasuk hukum tembak sampai mati."
Sayang
sekali, ke-enam-enam pengendali web yang mogok itu tidak memahami hukum yang tidak
bertulis ini. Tetapi, siapakah yang boleh menyangka air yang riang menghala ke muara boleh
tersekat di tengah sungai kerana air pasang? Malahan apakah para pemimpin UMNO
seperti Mahathir Mohammad, Daim, Megat Joned, Isa Samad, Rafidah, Zahid Hamidi, Rais Yatim
dan sekutu dengannya sedar bahawa setiap air pasang pasti akan surut juga?
-Marhaintua-
28.5.2000